Kepentingan Latihan Industri

Telah ditetapkan oleh pihak Politeknik bahawa latihan industri adalah merupakan satu bidang yang wajib untuk para pelajar jalani dalam tempoh pengajian. Diantara kepentingan yang dapat diperolehi dalam latihan industri adalah seperti berikut.

Kepentingan latihan industri adalah:  

  • Untuk membina dan memantapkan diri pelajar supaya lebih yakin untuk menghadapi sebarang tugas dan dugaan yang dihadapi di alam pekerjaan. 
  • Agar pelajar tidak menghadapi sebarang kesukaran atau merasa kekok apabila mula bekerja kelak. 
  • Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar. 
  • Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik atara pekerja  dan kakitangan sesebuah organisasi. 
  • Mengaitkan teori kepada praktis dan sebagainya. 
  • Mengamakan dan mematuhi peraturan keselamatan semasa latihan industri. 
  • Memupuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan. 
  • Menyediakan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan.

Objektif Latihan Industri

Objektif latihan industri diadakan adalah untuk membina personaliti individu para pelajar dan dapat memberikan pandangan dan idea-idea yang bernas di samping melahirkan individu yang berkeyakinan tinggi dan berani menyahut cabaran dalam apa jua keadaan. Dengan pendedahan awal yang diberikan ini membolehkan pelajar bersiap sedia menceburi alam pekerjaan yang lebih mencabar mental dan fizikal.

Di samping itu, latihan industri menggalakkan para pelajar mengamalkan etika dan peraturan kerja dengan baik. Pelajar-pelajar diingatkan supaya lebih berdisiplin agar tidak melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh firma atau jabatan. Justeru itu, pelajar akan mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.

Objektif utama latihan industri :

  • Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.
  • Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja.
  • Membolehkan pelajar melihat kaitan antara teori yang dipelajari dengan kerja-kerja praktikal.
  • Membentuk dan mengukuhkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugasan. 
  • Dapat menilai kebolehan diri sendiri untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian.
  • Meluaskan cara pergaulan dan komunikasi dengan pekerja-pekerja di organisasi.

Pendahuluan

     Latihan industri merupakan sebahagian daripada syarat yang perlu di penuhi oleh setiap pelajar, Politeknik telah menetapkan bahawa setiap pelajar di semester 6 Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) wajib menjalani latihan industri bagi memenuhi syarat kelayakan untuk memiliki Diploma. Adanya latihan industri untuk semua pelajar Politeknik Malaysia boleh membuktikan kemampuan untuk mencipta kecemerlangan akan tercapai. 

     Tempoh pembelajaran ataupun perjalanan latihan industri ini adalah selama satu semester iaitu lima bulan.  Sepanjang latihan industri, para pelajar akan diberi peluang untuk mempraktikkan cara berkomunikasi dengan baik.  Ini kerana tingkah laku juga merupakan salah satu aspek penting yang dititikberatkan dalam alam pekerjaan.  Para pelajar juga dapat mengetahui setakat manakah kemampuan mereka dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau tugasan terutamanya dalam bidang yang akan mereka ceburi.

     Secara keseluruhan, dengan adanya latihan industri ini, ia memang banyak membantu para pelajar dalam banyak perkara dan memenuhi objektif untuk melahirkan graduan yang berkualiti dari segi mental dan fizikal.