Objektif Latihan Industri

Objektif latihan industri diadakan adalah untuk membina personaliti individu para pelajar dan dapat memberikan pandangan dan idea-idea yang bernas di samping melahirkan individu yang berkeyakinan tinggi dan berani menyahut cabaran dalam apa jua keadaan. Dengan pendedahan awal yang diberikan ini membolehkan pelajar bersiap sedia menceburi alam pekerjaan yang lebih mencabar mental dan fizikal.

Di samping itu, latihan industri menggalakkan para pelajar mengamalkan etika dan peraturan kerja dengan baik. Pelajar-pelajar diingatkan supaya lebih berdisiplin agar tidak melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh firma atau jabatan. Justeru itu, pelajar akan mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.

Objektif utama latihan industri :

  • Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.
  • Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja.
  • Membolehkan pelajar melihat kaitan antara teori yang dipelajari dengan kerja-kerja praktikal.
  • Membentuk dan mengukuhkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugasan. 
  • Dapat menilai kebolehan diri sendiri untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian.
  • Meluaskan cara pergaulan dan komunikasi dengan pekerja-pekerja di organisasi.