Selain itu, pengetahuan dan pengalaman selama praktikal juga menjadi panduan kepada pelajar apabila menghadapi alam pekerjaan sebenar. Namun begitu, terdapat juga masalah yang dihadapi oleh para pelajar semasa menjalani latihan industri. Dalam pemerhatian saya sepanjang menjalani Latihan Industri ( LI ) di syarikat ini, saya telah menyenaraikan beberapa komen dan cadangan mengenai syarikat ini.
Berikut
adalah komen dan cadangan dalam masalah yang timbul sepanjang menjalani latihan
industri.
Pihak Bahagian Pengurusan Maklumat.
Terdapat
beberapa kelemahan dan kelebihan yang ada bagi pihak organisasi yang perlu
dipertingkatkan. Antara
kelemahan yang terdapat pada Bahagian Pengurusan Maklumat ini ialah:
- Pihak Pengurusan Maklumat perlu memberi tunjuk ajar yang secukupnya kepada pelajar yang menjalani latihan industri di pejabat ini. Sebagai contoh, semasa pelajar membina sistem atau laman web perlulah dipantau oleh Unit yang berkaitan supaya pelajar boleh melalukan kerja dengan lebih baik dengan adanya bimbingan.
- Pelajar latihan industri tidak sepatutnya diletakkan berhadapan dengan kaunter pertanyaan kerana pelajar tidak mempunyai pengetahuan tentang selok belok prosedur di pejabat. Dan kebanyakkan orang yang datang akan terus mengajukan soalan kepada pelajar.
Antara
kelebihan yang terdapat di Bahagian Pengurusan Maklumat ini pula ialah:
- Staf-staf yang bekerja di pejabat ini amat ramah dan boleh membantu serta memberi tunjuk ajar apabila pelajar bertanya.
- Dapat juga mengenali ramai staf dan juga pelajar praktikal yang berada di lain unit/bahagian dalam Pejabat Setiausah Kerajaan Negeri Perak.
- Mereka memberi peluang kepada pelajar praktikal untuk menyertai mesyuarat formal, terlibat dalam program dan aktiviti kerja luar yang dijalankan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Cadangan-cadangan kepada pihak Politeknik serta Bahagian Pengurusan Maklumat.
Saya juga memberikan beberapa cadangan dan berharap agar cadangan saya ini dapat dipertimbangkan. Antaranya ialah :
- Pihak politeknik haruslah sentiasa berhubung dengan organisasi atau firma untuk mengikuti perkembangan semasa para pelajar yang sedang menjalani latihan industri. Dengan ini, dapat menjalinkan perhubungan yang lebih erat antara pihak Politeknik dan Organisasi. Perkara ini juga dapat mengelakkan kekeliruan atau salah faham antara organisasi dan politeknik.
- Firma atau Organisasi juga memainkan peranan penting dalam memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang perkara yang bersesuaian dengan kursus yang dipelajari oleh pelajar. Justeru pihak firma seharusnya menyediakan peluang pekerjaan seperti tugasan kerja kepada pelajar. Pihak firma juga seharusnya menyediakan sebarang bentuk ganjaran di atas tugasan yang dilakukan oleh mereka. Dengan adanya ganjaran atau tunjuk ajar yang berkesan dari pihak firma itu sendiri dapat menyemarakkan lagi semangat pelajar dan dapat juga menarik minat mereka terhadap bidang tersebut.
- Memandangkan pelajar masih baru di alam pra pekerjaan, maka bimbingan dan tunjuk ajar serta pemerhatian daripada pihak firma amat diperlukan. Sekiranya tindakan ini tidak dapat dilaksanakan, maka para pelajar menganggap pihak pengurusan firma syarikat tidak mengambil berat terhadap kerja yang mereka telah laksanakan.