Penghargaan


Segala pujian bagi Allah S.W.T yang maha pengasih lagi maha penyayang. Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan taufik dan hidayahNya, Laporan Akhir Latihan Industri ini dapat disempurnakan dengan keizinanNya. Seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik, saya telah sempurnakan program Latihan Industri ini dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu sepanjang satu semester (5 bulan) bermula 19 Jun 2017 sehingga 03 November 2017 bagi sesi Disember 2017.

Saya Norfaizatul Binti Shaharani (21DIP14F2010) dari Politeknik Balik Pulau, yang mengikuti kursus Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) telah menyelesaikan program Latihan Industri di Unit Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dengan jayanya. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang telah saya perolehi dalam tempoh 1 semester (20 minggu) berada di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK) ini.

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Unit Bahagian Pengurusan Maklumat terutama kepada Puan Hafizah Binti Khanan selaku Penolong Setiausaha (PSU) dan juga penyelia saya kerana sudi menerima saya untuk menjalani program Latihan Industri di sini. Terima kasih diucapkan kepada kakitangan di Unit Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) terutama Puan Fatimah Binti Ghazali Setiausaha Bahagian (SUB) serta staf-staf di sini yang sudah banyak membantu saya dalam mejayakan program Latihan Industri ini. Segala ilmu yang saya perolehi di sini tidak akan saya sia-siakan walaupun di luar bidang saya kerana mungkin di luar sana pelbagai bidang yang boleh saya ceburi.

Juga diucapkan jutaan terima kasih kepada Unit Perhubungan Latihan Industri (UPLI), Politeknik Balik Pulau iaitu Encik Suntheren A/L Yoganathan yang banyak memberi tunjuk ajar dan pengetahuan yang berguna sepanjang saya menjalankan program Latihan Industri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK). Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung dalam penghasilan laporan saya ini.

Sekian, Terima Kasih. 




PERAKUAN PELAJAR

“Saya akui Laporan Akhir Latihan Industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan.”

Tandatangan          : ………………………………...
Nama Pelajar         : Norfaizatul Binti Shaharani
No. Pendaftaran    : 21DIP14F2010


Tarikh                    : ………………