Pendahuluan

     Latihan industri merupakan sebahagian daripada syarat yang perlu di penuhi oleh setiap pelajar, Politeknik telah menetapkan bahawa setiap pelajar di semester 6 Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) wajib menjalani latihan industri bagi memenuhi syarat kelayakan untuk memiliki Diploma. Adanya latihan industri untuk semua pelajar Politeknik Malaysia boleh membuktikan kemampuan untuk mencipta kecemerlangan akan tercapai. 

     Tempoh pembelajaran ataupun perjalanan latihan industri ini adalah selama satu semester iaitu lima bulan.  Sepanjang latihan industri, para pelajar akan diberi peluang untuk mempraktikkan cara berkomunikasi dengan baik.  Ini kerana tingkah laku juga merupakan salah satu aspek penting yang dititikberatkan dalam alam pekerjaan.  Para pelajar juga dapat mengetahui setakat manakah kemampuan mereka dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau tugasan terutamanya dalam bidang yang akan mereka ceburi.

     Secara keseluruhan, dengan adanya latihan industri ini, ia memang banyak membantu para pelajar dalam banyak perkara dan memenuhi objektif untuk melahirkan graduan yang berkualiti dari segi mental dan fizikal.